Wednesday, August 10, 2011

POLITIK MALAYSIA - SUDUT RAKYAT MARHAEN

5 PERKATAAN MENGGAMBARKAN POLITIK MALAYSIA

1) KOTOR - Dah tu segala benda halal...Rasuah, Pelacur, Zina, Liwat, apa lagi....
2) FITNAH - Ala, Mainan pembangkang ni....yang bukti terang-terangan katanya besi....
3) AGAMA - Agama ISLAM diperalatkan oleh Insan2 Jijik yang bernama N Ajis, ANU gua, dll
4) LEBAT - Cite Lebat jeeeeeeeee...
5) BENAR - Apa dia kata sume benar...Kerajaan buat sume salah....

Saturday, June 18, 2011

ARTIKEL TERKINI!!! SEBARKAN...MAKNA: INDA [DISISI] YANG SALAH DIFAHAMI OLEH WAHHABI AL-MUJASSIMAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


BAB YANG KE-6 DARIPADA KITAB "GHAYAH AL-BAYAN FI TANZIH ALLAH `AN AL-JIHAH WA AL-MAKAN" KARANGAN ULAMA' AL-AZHAR MESIR


الْبَابُ السَّادِسُ

بَيَانُ أَنَّهُ لَا يَمْتَنِعُ شَرْعًا وَلَا

عَقْلًا أَنْ يَكُوْنَ فَوْقَ الْعَرْشِ مَكَانٌ:


Bab pada menyatakan bahawasanya tidak tertegah dari sudut syara` dan akal bahawa wujudnya tempat di atas Arasy:


يُشِيْعُ مُجَسِّمَةُ هَذَا الْعَصْرِ أَنَّهُ لَا مَكَانَ فَوْقَ الْعَرْشِ إِنَّمَا الْمَكَانُ تَحْتَ الْعَرْشِ فَقَطْ، فَيَقُوْلُوْنَ تَمْوِيْهًا عَلَى النَّاسِ: اللهُ فَوْقَ الْعَرْشِ بِلَا مَكَانَ، وَأَحْيَانًا يَقُوْلُوْنَ اللهُ فَوْقَ الْعَرْشِ حَيْثُ لَا مَكَانَ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُوْلَ فَوْقَ الْعَرْشِ مَكَانٌ عَدَمِيٌّ فَاللهُ فَوْقَ الْعَرْشِ حَيْثُ الْمَكَانُ الْعَدَمِيُّ عَلَى زَعْمِهِمْ، فَهَذَا قَوْلُ لَا دَلِيْلَ عَلَيْهِ، لِأَنَّهُ لَا يَمْتَنِعُ عَقْلًا وَلَا شَرْعًا أَنْ يَكُوْنَ فَوْقَ الْعَرْشِ مَكَانٌ.


Terjemahannya:


"Golongan mujassimah pada zaman ini [WAHHABI] menyebarkan dakwaan bahawasanya tiada tempat di atas Arasy, tetapi tempat hanya berada di bawah Arasy sahaja. Mereka telah memperdayakan manusia-manusia dengan mengatakan bahawa: Allah di atas Arasy tanpa tempat, dan kadang-kadang mereka berkata Allah di atas Arasy namun kewujudan-Nya di atas Arasy tanpa bertempat. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang mengatakan bahawa di atas Arasy terdapat tempat yang bersifat tiada [`Adamiy]. Maka bertitik tolak daripada dakwaan tersebut, mereka berkata Allah di atas Arasy dengan makna Allah bertempat dengan tempat yang bersifat tiada [`Adamiy] mengikut sangkaan mereka. Maka pendapat tersebut langsung tidak mempunyai dalil kerana sesungguhnya akal dan syara` tidak menegah bahawasanya wujudnya tempat di atas Arasy".


وَالدَّلِيْلُ عَلَى ذَلِكَ مَا رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ، وَاللَّفْظُ لِلْبُخَارِيِّ عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((لَمَّا قَضَى اللهُ الْخَلْقَ كَتَبَ فِيْ كِتَابِهِ فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ: إِنَّ رَحْمَتِيْ غَلَبَتْ غَضَبِيْ)).


Terjemahannya:


"Ini berdasarkan dalil daripada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan lafaz hadis daripada jalur al-Bukhari adalah diriwayatkan daripada Abi Hurairah radiyallahu`anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: ((Dan tatkala Allah selesai mencipta [makhluk], telah ditulis pada kitab-Nya [Lauh al-Mahfuz] yang berada di sisi-Nya dia atas Arasy: Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku))".


أَخْرَجَهُ الْبُخَارِيُّ فِيْ صَحِيْحِهِ: كِتَابُ بَدْءِ الْخَلْقِ: بَابُ مَا جَاءَ فِيْ قَوْلِ اللهِ تَعَالَى: ((وَهُوَ الَّذِيْ يَبْدَؤُا الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيْدُهُ)) [سُوْرَةُ الرُّوْمِ: 27]، وَمُسْلِمٌ فِيْ صَحِيْحِهِ: كِتَابُ التَّوْبَةِ: بَابُ فِيْ سِعَّةِ رَحْمَةِ اللهِ تَعَالَى وَأَنَّهَا َسَبَقَتْ غَضَبَهُ.


Terjemahannya:


"Dikeluarkannya oleh al-Bukhari di dalam sahihnya: Pada kitab menyatakan permulaan penciptaan: Bab perkara yang datang pada firman Allah ta`ala: ((dan Dia lah Yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya [hidup semula sesudah mereka mati])). [Surah al-Ruum: 27]. Dan diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya: Kitab pada menyatakan tentang Taubat: Bab pada menyatakan luasnya rahmat Allah ta`ala dan bahawasanya rahmat Allah ta`ala mendahului kemurkaan-Nya".


وَفِيْ رِوَايَةٍ عِنْدَ الْبُخَارِيِّ[1] بِلَفْظِ: ((وَهُوَ وَضْعٌ عِنْدَهُ عَلَى الْعَرْشِ: إِنَّ رَحْمَتِيْ تَغْلُبُ غَضَبِيْ))، قَالَ الْحَافِظُ اِبْنُ حَجَرٍ الْعَسْقَلَانِيِّ[2]: ((وَضْعٌ: بِفَتْحٍ فَسُكُوْنٌ، أَيْ مَوْضُوْع، وَوَقَعَ كَذَلِكَ فِي ((الْجَمْعِ)) لِلْحُمَيْدِيِّ بِلَفْظِ ((مَوْضُوْع)) وَهِيَ رِوَايَةُ الْإِسْمَاعِيْلِيِّ)) اهــ.


Terjemahannya:


"Dalam riwayat yang lain disisi al-Bukhari, hadis tersebut telah diriwayatkan dengan lafaz: ((Dan kitab tersebut diletakkan/ditempatkan [maudhu`] disisi-Nya di atas Arasy: Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku)). Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani telah berkata: ((Perkataan wad`un dibaca dengan fathah dan sukun pada huruf dad, bermaksud diletakkan/ditempatkan [maudu`], dan turut diriwayatkan seperti itu di dalam ((al-Jam`u)) karangan al-Humaidi iaitu dengan lafaz ((al-Maudu`/diletakkan/ditempatkan)) dan ia merupakan riwayat al-Isma`iliy))".


وَفِيْ رِوَايَةٍ عِنْدَ اِبْنِ حِبَّانَ[3] بِلَفْظِ: ((وَهُوَ مَرْفُوْعٌ فَوْقَ الْعَرْشِ)) اهــ.


Terjemahannya:


"Dan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban iaitu dengan lafaz: ((Dan kitab tersebut diangkat sehingga ke atas Arasy))".


فَلَوْلَا أَنَّ فَوْقَ الْعَرْشِ مَكَانًا لَمْ يَقُلِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ الْكِتَابِ: فَهُوَ مَوْضُوْعٌ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ.


Terjemahannya:


"Maka [hujah golongan mujassimah] sekiranya dia atas Arasy tidak wujud tempat, sudah tentu Nabi sallallahu`alaihi wasallam tidak akan bersabda tentang kitab tersebut [dengan sabdanya]: Maka ia [kitab tersebut] diletakkan di sisi-Nya di atas Arasy".


وَأَمَّا تَأْوِيْلُ الْبَعْضِ لِكَلِمَةِ فَوْقَ الْعَرْشِ بِأَنَّ مَعْنَاهَا دُوْنَ الْعَرْشِ وَاحْتِجَاجُهُمْ بِأَنَّ فَوْقَ تَأْتِيْ لُغَةً بِمَعْنَىْ دُوْنَ فَهُوَ مَرْدُوْدٌ بِرِوَايَةِ اِبْنِ حِبَّانَ لِهَذَا الْحَدِيْثِ بِلَفْظِ: ((وَهُوَ مَرْفُوْعٌ فَوْقَ الْعَرْشِ)).


Terjemahannya:


"Adapun takwil yang dilakukan oleh sebilangan manusia terhadap kalimah ”di atas Arasy” dengan makna ”di bawah Arasy”; dan hujah mereka berdasarkan fakta bahawa perkataan ”fawqa” dari sudut bahasa boleh membawa maksud ”duna/dibawah” tertolak dengan riwayat Ibn Hibban terhadap hadis tersebut dengan lafaz: ((Ia di angkat sehingga ke atas Arasy))".


فَبَطَلَ هَذَا التَّأْوِيْلُ لِأَنَّ كَلِمَةَ مَرْفُوْعٍ تُبْطِلُ ذَلِكَ إِبْطَالًا صَرِيْحًا، وَيُرَدُّ أَيْضًا بِرِوَايَةِ الْبُخَارِيِّ بِلَفْظِ: ((وَهُوَ وَضْعٌ عِنْدَهُ عَلَى الْعَرْشِ)).


Terjemahannya:


"Maka dengan itu, batal takwilan mereka tersebut kerana perkataan ”marfuq/diangkat” secara jelas membatalkan dakwaan mereka tersebut. Hujah mereka tersebut turut ditolak dengan riwayat al-Bukhari terhadap hadis tersebut dengan lafaz: ((Ia diletakkan disisi-Nya di atas `Arasy))".


وَيُقَالُ لَهُمْ: التَّأْوِيْلُ لِلنَّصِّ لَا يَجُوْزُ إِلَّا لِضَرُوْرَةِ اقْتِضَاءِ الدَّلِيْلِ الْعَقْلِيِّ لِذَلِكَ أَوْ اِقْتِضَاءِ الدَّلِيْلِ النَّقْلِيِّ الثَّابِتِ كَمَا قَرَّرَ ذَلِكَ الْأُصُوْلِيُّوْنَ، فَقَالُوْا: تَأْوِيْلُ النَّصِّ لِغَيْرِ ذَلِكَ عَبَثَ وَالنَّصُّ يَصَّانِ عَنِ الْعَبَثِ.


Terjemahannya:


"Dan dikatakan kepada mereka: Pentakwilan terhadap sesuatu nas tidak harus dilakukan melainkan wujudnya dalil aqli ataupun dalil naqli yang thabit, yang menuntut agar nas tersebut ditakwilkan sepertimana yang telah ditetapkan oleh para ulama’ Usuluddin, mereka berkata: Pentakwilan terhadap sesuatu nas yang dilakukan selain daripada tujuan tersebut adalah suatu tindakan yang sia-sia sedangkan nas itu sifatnya terpelihara daripada kesia-siaan".


قَالَ الْعَلَّامَةُ الْفَقِيْهُ الْمُحَدِّثُ الشَّيْخُ عَبْدُ اللهِ الْهَرَرِيُّ مَا نَصُّهُ[4]: ((وَأَمَّا مَعْنَى "عِنْدَهُ" الْمَذْكُوْرُ فِي الْحَدِيْثِ فَهُوَ لِلتَّشْرِيْفِ كَمَا فِيْ قَوْلِهِ تَعَالَى: ((فِى مَقْعَدِ صِدْقٍ عِندَ مَلِيْكٍ مُّقْتَدِرِ)) [سُوْرَةُ الْقَمَرِ: 55]، وَقَدْ أَثْبَتَ اللُّغَوِيُّوْنَ أَنَّ "عِنْدَ" تَأْتِيْ لِغَيْرِ الْحَيِّزِ وَالْمَكَانِ، فَكَلِمَةُ "عِنْدَ" فِيْ هَذَا الْحَدِيْثِ لِتَشْرِيْفِ ذَلِكَ الْمَكَانِ الَّذِيْ فِيْهِ الْكِتَابُ)) اهــ.


Terjemahannya:


"Al-`Allamah al-Faqih al-Muhaddis al-Syaikh `Abdullah al-Harari telah berkata: ((Dan adapun makna ”Indahu/disis-Nya” sepertimana yang disebutkan di dalam hadis tersebut, maka ia adalah untuk memberi faedah kemuliaan [al-Tasyrif] sepertimana firman Allah: ((Di tempat yang sungguh bahagia disisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang berkuasa melakukan sekehendakNya)) [Surah al-Qamar: 55]. Para ahli bahasa telah menetapkan bahawa perkataan disisi [inda] boleh membawa maksud selain daripada perihal mengambil lapang atau perihal bertempat. Maka perkataan ”inda” di dalam hadis ini disebutkan adalah untuk membesarkan/memuliakan tempat tersebut yang terdapat padanya kitab))".


وَقَالَ الْحَافِظُ الْمُحَدِّثُ وَلِيُّ الدِّيْنِ أَبُو زُرْعَةٍ أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحِيْمِ الْعِرَاقِيُّ (726 هــ) مَا نَصُّهُ[5]: ((وَقَوْلُهُ - أَيْ النَّبِيُّ – "فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ" لَا بُدَّ مِنْ تَأْوِيْلِ ظَاهِرِ لَفْظَةِ "عِنْدَهُ" لِأَنَّ مَعْنَاهَا حَضْرَةُ الشَّىْءِ وَاللهُ تَعَالَى مُنَزَّهٌ عَنِ الاِسْتِقْرَارِ وَالتَّحَيِّزِ وَالْجِهَةِ، فَالْعِنْدِيَّةِ لَيْسَتْ مِنْ حَضْرَةِ الْمَكَانِ بَلْ مِنْ حَضْرَةِ الشَّرَفِ أَيْ وُضِعَ ذَلِكَ الْكِتَابُ فِيْ مَحَلِّ مُعَظَّمٍ عِنْدَهُ)) اهـــ.


Terjemahannya:


"Al-Hafiz al-Muhaddis Waliy al-Din Abu Zur`ah Ahmad bin `Abd al-Rahim al-`Iraqiy (W. 826 H) telah berkata: ((Dan sabdanya – Iaitulah Nabi – ”Ia [kitab] disisi-Nya di atas Arasy”: Tidak dapat tidak makna zahir [yang terbut daripada] lafaz tersebut ditakwilkan iaitu lafaz ”Indahu/disisi-Nya” kerana makna perkataan tersebut [secara zahir] adalah dihadapan sesuatu/berdekatan/berhampiran sesuatu, sedangkan Allah disucikan daripada menetap [pada sesuatu tempat atau dimana-mana tempat], mengambil lapang dan mempunyai arah. Maka perkataan ”inda” yang dikehendaki tersebut bukanlah dengan maksud tempat bahkan ia [sebenarnya] bermaksud kemuliaan iaitu diletakkan kitab tersebut pada tempat yang dimuliakan oleh-Nya".


صحيح البخاري: كتاب التوحيد: باب قول الله تعالى: ((ويحذركم الله نفسه)).[1]

[2] Fath al-Bari (jilid 13/ ms 385).

[3] Al-Ihsan Bi Tartib Sahih Ibn Hibban (Jilid 6/8, ms 5).

[4] Sarih al-Bayan Fi al-Radd ala man Khaalafa al-Quran (ms/ 62).

[5] Thurh al-Tasrib: Kitab al-Qada’ wa al-Da`awa, bab Tasjil al-Hakim ala Nafsih (Jilid 8/ ms 84).


Sumbangan :

Friday, June 17, 2011

Lagu Allah Wujud Tanpa Bertempat


Lirik Lagu

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Al-Bouthi: Bermazhab dengan mazhab al-Salafiyyah adalah bid’ah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Alim besar Syria yang tidak perlu diperkenalkan lagi, al-Sheikh Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouthi menerangkan dengan panjang lebar sebuah ajaran baru yang dinamakan “al-Salafiyyah” selepas ditukar jenama daripada “al-Wahhabiyyah” kerana pengamal ajaran ini tidak mahu ajaran ini dinisbahkan kepada Muhammad Ibn Abdul Wahhab semata-mata. [Rujuk m/s 235 & 236 daripada kitab dibawah]

Beliau menyatakan bahawa MENGIKUT GENERASI SALAF adalah satu perkara yang sangat-sangat berbeza berbanding BERMAZHAB DENGAN MAZHAB AL-SALAFIYYAH yang digembar-gemburkan oleh pengamal Wahhabi pada hari ini.[Rujuk m/s 221 sehingga 242 daripada kitab di bawah].

Beliau berkata bahawa istilah yang digunakan oleh para ulama’ untuk menamakan kedudukan para ulama’ yang benar adalah Ahli Sunnah dan Jama’ah. Istilah Ahli Sunnah dan Jama’ah adalah istilah yang telah diijmak oleh para ulama’ generasi Salaf untuk menamakan golongan yang benar. Manakala istilah al-Salafiyyah yang digunakan oleh golongan Wahhabi pada hari ini untuk melambangkan dan menamakan golongan yang benar [menurut sangkaan mereka] adalah satu bid’ah yang tercela bahkan tidak pernah digunakan oleh generasi Salafus Soleh untuk menamakan golongan yang benar. Sila lihat petikan dan terjemahan kata-kata beliau di bawah [Semoga anda diberi hidayah oleh Allas SWT]. Kitab ini bertajuk:

[السلفية: مرحلة زمنية مباركة لا مذهب إسلامي]

“Al-Salafiyyah: Satu Tempoh Masa Yang Diberkati dan bukanlah Sebuah Mazhab Islam.”
Kitab ini adalah satu penerangan dan kritikan yang penuh ilmiah terhadap ajaran Wahhabi yang dikarang oleh seorang alim seperti beliau.

“Cukuplah pujian bagi kitab ini dengan disebutkan nama penulisnya.”

Terjemahan:
“Dan manakala apabila seorang Muslim mentakrifkan / memperkenalkan dirinya dengan menyatakan bahawa dia disandarkan kepada sebuah mazhab yang dikenali pada hari ini dengan al-Salafiyyah, maka tanpa ragu-ragu lagi dia adalah seorang ahli bid’ah.

Ini adalah kerana sekiranya istilah “al-Salafiyyah” boleh memberi maksud yang sama seperti “Ahli Sunnah dan Jamaah”, maka sesungguhnya dia telah melakukan bid’ah dengan mencipta nama yang berbeza dengan nama yang telah disepakati oleh generasi Salaf [Semoga keredhaan Allah dilimpahkan ke atas mereka].

Dan nama yang bid’ah lagi tidak diperlukan ini telah cukup untuk menimbulkan ketidakstabilan dan perpecahan di dalam saf-saf [perpaduan] umat Islam.

Dan manakala sekirannya nama al-Salafiyyah ini memberi maksud yang berbeza dengan dengan hakikat Ahli Sunnah dan Jama’ah – dan inilah kebenarannya – maka bid’ah ini telah berlaku dengan nama rekaan tersebut [al-Salafiyyah] serta kandungannya yang bathil, dan istilah ini cuba menegakkan benderanya dan mengangkat kedudukannya sebagai ganti kepada kebenaran yang telah disepakati oleh generasi Salaf dan [generasi Salafus Soleh pada hakikatnya] telah berijma’ menggunakan nama “Ahli Sunnah dan Jama’ah” [bagi golongan yang benar].”

Maka telah terbuktilah bid’ah [golongan Salafi Wahhabi ini] dalam menggunakan istilah “al-Salafiyyah” di samping maksudnya yang juga bid’ah untuk digunakan sebagai jenama/nama bagi sebuah kumpulan baru [Salafi Wahhabi] yang memisahkan diri mereka dari jemaah umum Umat Islam yang bersatu dalam menggunakan istilah “Ahli Sunnah dan Jama’ah” serta berpegang dengan hakikat [Ahli Sunnah dan Jama’ah] yang benar.”

Dapat difahami daripada kata-kata di atas bahawa al-Sheikh al-Bouthi:
Menerangkan bahawa istilah al-Salafiyyah adalah satu istilah yang bid’ah dan bertentangan dengan kesepakatan ulama’ generasi Salaf.

Menolak istilah al-Salafiyyah untuk digunakan sebagai ganti Ahli Sunnah dan Jamaah.

Berterus-terang bahawa kandungan ajaran yang dibawa oleh kelompok Salafiyyah Wahhabiyyah adalah bukan merupakan pegangan Ahli Sunnah dan Jamaah.
Semoga nasihat beliau ini mampu melembutkan hati yang keras, menghidupkan hati yang mati, menyedarkan hati yang lalai, mengubati hati yang berpenyakit dan meluruskan hati yang terpesong dengan izin Allah SWT dan berkat kasih sayang-Nya kepada Rasulullah SAW.

Wassalam

dipetik dari : http://al-ashairah.blogspot.com/

Thursday, June 16, 2011

Kenapa Takfir?

Assalamualaikum Warahmatullah...

Persoalan yang sering dikaitkan dengan situasi yang melanda ASWJ seluruh dunia ialah mengapa takfir Wahabi Mujassimah? Diorang juga mengucap dua kalimah syahadah....

Jawapan:

Kena maklum bahawa ucapan dua kalimah syahadah merangkumi tiga perkara yang tidak boleh hilang salah satu iaitu:

a) aku tahu
b) aku ucap
c) aku percaya

Dari sini terbahagilah golongan yang berkaitan syahadah ini iaitu:

a) musyrik - kafir = mereka yang pada hakikatnya tahu tentang kebenaran Islam dan ajaran Nabi Muhammad namun mereka tidak mengakuinya dengan lidah apatah lagi melalui hati mereka.

b) munafik - kafir = orang munafik juga tidak dikira sebagai muslim, mereka hidup di kalangan muslim, dan ada diantaranya kelihatan lebih alim dari muslim yang lain seperti pakaian mereka, solat jemaah saf pertama belakang imam, puasa sunat....namun, mereka hanya memiliki dua perkara iaitu tahu dan ucap sahaja...tetapi jauh dalah hati mereka, mereka ini memusuhi Islam....keadaan ini sama seperti wahabi zaman ini di mana mereka mengembar gemburkan tajdid namun hakikatnya mereka sesat lagi menyesatkan...Aqidah mereka jauh sekali dari ASWJ....Amalan mereka juga menyimpang bahkan hampir2 sahaja kelihatan seperti Yahudi (cara solat mereka)....

c) MUKMIN - Mereka ini tahu, ucap dan percaya segala ajaran Nabi Muhammad, dan mereka beriman dengan 4 sumber utama iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak, dan Qiyas....mereka inilah golongan yang bermazhab Asyairah Maturidiah dalam Aqidah mereka dan bermazhab Syafie,Maliki,Hambali, dan Hanafi (secara umum) dalam Syariah mereka.....Mereka ini telah berpegang sebenar2nya dengan Sabda Nabi iaitu : Ulama Pewaris Nabi....Maka ulama2 dari kalangan ASWJ diletakkan sebagai panduan sebagai seorang MUQALLID dan bukan MUJTAHID....

Kata Putusnya:

Ada Wahabi yang tidak terjerumus dalam lembah kekafiran (hati-hati dengan takfir) maka Wahabi tidak boleh ditakfirkan secara ijmali melainkan dengan bukti-bukti sohih...Manakala secara ijmalinya boleh dikatakan bahawa Wahabi yang MUJASSIMAH MUSYABBIHAH adalah kafir, sesuai dengan kata Imam Syafie: Mujassim itu KAFIR dan kata Imam Thohawi: Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu sifat manusia (makhluk) maka dia telah kafir....

Tak kiralah dia Syeikh, Dr, Prof, Allamah....Dll

Wallahua'lam